Sunday 10 June 2012

Perit...

Assalamualaikum

Pada tanggal 31 hb...secara rasminya aku bergelar penuntut UNIMAS
Yeah beybehh...semua aku tak kenal
Dahlah masuk lambat...aku je yang terkebil-kebil sorang-sorang takde kawan
Serius aku rindu sangat pelajar aspuri wisma zelan
Takde siapa dapat menggantikan mereka

Aku ada kenal seorang budak Sibu
Sangat peramah
Yang aku paling teruja muka dia sebiji ngan muka Ain Amirah Aisyah
Hehe ketinggian pun ala-ala gitu

Harini(2 Jun2012)
Parents aku TERPAKSA bertolak semula ke semenanjung
Aku tak pernah rasa sesedih camni
Kalau boleh aku rasa macam nak pack balik barang ikut balik
Masa tu dah terdetik hati aku

"Kenapalah aku pilih UNIMAS, patutnya isilah USIM sebagai pilihan pertama"

Dalam hati aku ni asyik bermonolog tantang "Kenapalah" dan "Kalaulah"
Tapi aku kena positifkan diri aku
Kalau asyik negatif je diri sendiri pun susah maju
Aku kena sahut cabaran ni walaupun pahit
LIFE IS NOTHING WITHOUT CHALLENGE
Itulah perkataan yang aku sering pegang kalau aku rasa down sangat
Aku sentiasa berpegang bahawa setiap perkara yang ditetapkan oleh Allah s.w.t tak pernah salah dan sentiasa tepat
Dengan cara ni aku dapat berfikiran positif

Berbalik tentang parents aku
Saat aku hantar parents aku kat KIA(Kuching International Airport)
Aku memang cuba tak nak nangis
Memang...aku susah nak nangis and malu nak nangis depan family especially adik-beradik aku
Bila aku tengok muka mak aku terus rasa sebak sangat
Memang dalam hati ni rasa hiba yang teramat
Kalau aku tak waras masa tu...dah lama aku tarik kaki mak aku sambil jerit


"Mak!!!nak ikut balik..kita menyesallah pilih UNIMAS"


BUT LIFE MUST BE GO ON..


Ya, aku memang lemah kalau tengok mak aku nangis
Last skali aku tewas juga menahan air mata ni
Sampai je kat kolej
(terima kasih kepada cik Ezad dan acik Liza kerana sudi menghantar mak aku ke KIA)
Aku dapat mesej daripada ayah aku


"Ayah tak pernah sesedih ni bila engkau masuk asrama. Tapi kali ni terasa sangat hiba dan sayu, airmata tak sedar mengalir. Moga kau tahu kasih sayang kami juga harapan kami anak..."


Faham tak betapa hibanya hati aku waktu tu...
Last aku tengok ayah aku menangis semasa arwah atuk aku meninggal dunia..


Mungkin setakat ini sahaja untuk entry kalini
Aku da tak mampu nak teruskan











No comments:

Post a Comment