Tuesday 3 April 2012

Aurat Wanita, Jangan Mengambil Mudah

Sekarang semakin ramai muslimah yang sudah terbuka hati untuk menutup aurat mereka
Tapi sesetengah daripada mereka ada yang menutup aurat dengan cara salah...
Mereka menganggap pemakaian tudung sebagai trend untuk bergaya...tetapi ia telah ditetapkan oleh hukum Allah...
Jika mereka menganggap pemakaian tudung sebagai sesuatu trend, tidak mengapa...mungkin satu hari Allah akan membuka hati mereka untuk memakai tudung hanya kerana-Nya
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit


Tak guna jika kita membuat sesuatu perkara secara kuat dan bersungguh-sungguh tetapi bukan secara istiqamah...
Kan bagus kalau kita cuba berubah sedikit-sedikit tetapi secara istiqamah...saya berpendapat cara ini lebih berbaloi...



“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)


Saya sangat tersentuh bila baca hadis ni...sebab itulah kita wajib menutup aurat serta melabuhkan dan melonggarkan pakaian kita
Syaitan sentiasa duduk di bahagian aurat wanita untuk menggoda kaum Adam dan menarik pandangan mereka


Kadangkala wanita tidak sedar tentang kesalahan pemakaian mereka
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.


KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.


KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.


KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.


KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.


KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.


KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
p/s : kesalahan pemakaian di copy-paste untuk pengongsian...selamat beramal~


No comments:

Post a Comment