Friday 27 April 2012

The most severe fever





Demam juga disebabkan aku semakin malas nak update blog
Masa mula-mula aku demam aku tak ambil kisah sangat
Kebiasaannya aku akan demam dalam masa sehari jee
Dan aku tak suka pergi klinik
sebab
Bila da sampai klinik mesti suhu aku turun dan aku dah tak demam
Mesti doktor tu ingat aku buat- buat demam
Jadi aku ambil keputusan untuk tidak ke klinik
Petang tu aku tidur sebab aku rasa macam ada gajah je atas kepala aku
Dan aku tak percaya bahawa aku berada di Malaysia
Sebab aku rasa aku seperti berada di Antartika waktu tu
Kuku aku pun dah mula membiru<-----kalah Neytiri(watak dalam filem Avatar)
Suhu badan tak payah cakapla

Semasa mak aku kejutkan aku
Aku terdengar mak aku mengeluh<----agak kuatla
"Ya Allah panasnya"
Dengan keadaan yang agak bengung2 sikit tiba-tiba mak aku suruh bersiap untuk ke klinik

(Sampai je kat klinik)
Aku di siasat oleh doktor(aceeehhhhh)
Keputusannya suhu aku hampir mencecah 40celcius
Fuhhhh catat rekod aku tak pernah mencecah sampai ke tahap tu

3 hari aku demam
dan 3 kali aku terpaksa cek darah
Doktor mengesyaki aku kena denggi
Tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa
Lepas je 4 hari aku demam
Satu badan aku tumbuh bintik-bintik
Rupa aku pun dah ala-ala cicak tokek gitu
Apabila jumpa doktor lagi......
Alhamdulillah tak ada apa-apa
Mungkin virus dalam badan aku selepas demam

Lepas aku demam dengan terujanya aku menimbang berat
Keputusannya sangatlah menghampakan
Berat aku tak menaik dan menurun
Frustnya tak payah cakaplah...
Aku sebenarnya berharap juga...
Hmmmmmmmmmm

glitter-graphics.com

No comments:

Post a Comment