Tuesday 3 April 2012

Trouble Kid

Semasa tadika aku ada kawan yang memang tak boleh berenggang
Makan pun sama-sama, main pun sama-sama, tidur pun sama-sama
Nama dia Puteri Arnawati Arshad

Ada satu peristiwa yang aku tak boleh lupakan sampai bila-bila
Bagi aku itulah peristiwa yang paling buruk aku pernah lakukan
Aku akan tetap rasa bersalah sampai bila-bila

Bilik air tadika kitorang tersangatlah besar
Satu hari:

Puteri : Alamak Maira kita nak terbuang airlaa(ayat sopan)
Maira : ooo yeke...kejaplaa tite(kita) tengah main
Puteri : alaaaa cepatlaaa tite(kita) tak tahan ni

*dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata...bajet pelat jap

Maka aku pun temankanlah dia
Selepas selesai dia menghabiskan hajatnya aku pun baringlah atas lantai bilik air dan meluncur ala-ala superman kearahnya
Kononnya aku nak tangkap kaki dia tapi tiba-tiba dia terjatuh
Dia jerit dengan tersangatlah kuat mengalahkan halilintar(melampau tu)
Masa tu dia memang tak boleh bangun langsung
Dapat bayangkan tak macam mana gabranya aku masa tuuu...

Lepas kejadian tu agak lamala dia tak ke tadika
Memang tak senang dudukla masa tu(budak tadika ada perasaan camni ke?)
Sampailah satu hari dia ke tadika seperti biasa
Yang aku terkejutnya dia masih nak berkawan dengan aku
Aku sangat tak sangka dan rasa bersalah yang teramat sangat
Bahu dia patah dan kena simen
Waaaaaaaa jahatnya...sampai sekarang aku tak dapat maafkan diri aku ni
Kalau aku tak buat gaya superman tu...tak kan jadi camni punya

Baru-baru ni aku buka facebook dia
Ada salah seorang kawan dia post something kat wall dia
Ayatnya berbunyi begini:
      "hai si bahu patah"
Persoalannya:
      "adakah aku yang buat"


Sorry Friend~~






No comments:

Post a Comment