Thursday 24 May 2012

Older Senior



~Assalamualaikum~

Rasanya sudah lama blog ni bersawang 
Dek kemalasan yang melampau tahap giga

Baru-baru ni saya telah mendapat tawaran ke UNIMAS

Ya memang aku tak sangka
Aku sangat berharap dapat UIA
Rasa menyesal juga mohon UNIMAS
Tapi kena kena sentiasa bersangka baik
Allah saw tak pernah salah dalam menentukan hala tuju setiap hamba-Nya
Setiap orang Allah merancang hala tujunya dengan cara yang tersendiri, kerana itulah cara yang terbaik buat mereka
Sesungguhnya Allah ialah perancang yang terbaik

Saya tak pandai bermadah bicara macam orang lain
Tapi itulah hakikatnya

Berbalik pada cerita saya,
Rupa-rupanya saya ialah batch yang ke-3 untuk program asasi di UNIMAS
Waaaa macam tak percaya

Bila dikenang pada waktu tadika dulu
Aku merupakan batch ke-3 di Pusat Perkembangan Minda Kanak-Kanak MBPJ (PPMK) fuh....panjangnya
Batch aku hanya ada 10 orang lebih je
Tadika tu besar tapi sangat sunyi
Sampai umur aku 6 tahun baru tadika tu meriah sikit
Dah nak meninggalkan tadika tu baru rasa seronoknya berkawan
Terbantut alam tadika aku
Tapi tak dapat dinafikan alam tadika lagi seronok..Yeaa


Semasa sekolah rendah pula
Sekali lagi aku merupakn batch ke-3 sebagai pelajar Sekolah Rendah Islam Intergrasi Masjid Darul Ehsan (SRIIMDE)  
Waaa...bangganya
Aku rasa sangat bertuah dapat bersekolah di sana
Yang paling bagusnya sekolah tu dekat dengan masjid
Sekolah tu sangat mementingkan rohani dan jasmani
Yang paling seronok setiap bulan sekolah tu akan mengadakan aktiviti qiamullail
Apalagi tidur kat sekolahlah
Walaupun niat dalam hati bukan untuk qiamullail dan sekadar nak bersuka-suka dengan kawan
Huh tak patut betul


Masa sekolah menengah pula
Aku merupakan batch pertama sebagai pelajar Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAMAIWP)


Sekali lagi kembang kempis di hidung ni susah nak berhenti 
Fuh bila diamati semua tempat yang pernah aku belajar, semua nama panjang-panjang
Kalau orang tanya,
"Kamu sekolah mana?"
Terpaksalah aku jawab nama singkatan je
Kalau beritahu panjang-panjang macam diorang ingat

Orang selalu cakap susah kalau jadi batch yang terawal sebab kita akan mengalami penderitaan dahulu dan junior selepas kita akan menerima lebih kebaikan
Kadangkala kalau kita jadi batch terawal, bila orang tanya,
"sekolah mana?"
dan bila kita jawab mesti mereka akan cakap
"tak pernah dengar pun,"

Tapi bila difikirkan balik
Batch terawal akan rasa berbaloi dapat bersekolah di situ
Cuba bayangkan kalau time tu kita semua da 40-an
Tiba-tiba nama sekolah kita menuntut dulu keluar surat khabar atau berita...
Tak ke rasa bangga
Dalam hati dok berbunga walaupun cuma ex je masa tu
mesti kita terfikir masa tu
"waaa dulu akulah bekas sekolah tu,"
Mana tak bangga

Dan terkini aku bakal menjadi penuntut Universiti Malaysia Sarawak bagi program asasi batch yang ke-3
Kali ni aku tak boleh belajar main-main macam dulu
Kita kena menjadi lebih matured
Yihaaa
Baru nak buat azam baru walaupun awal tahun dah lama berlalu
Setiap hari kita kena mempunyai azam baru bukan hanya pada Tahun Baru sahaja
Itulah kesimpulannya...

~Wassalam~


2 comments:

  1. gonna miss u mai!! all the best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa~
      rasa cm nk nangis
      Gonna miss u too
      Anyway siapa yea ni

      Delete